Kita semua tahu bahawa kesihatan adalah lebih berharga dari wang ringgit. Dengan memiliki tahap kesihatan yang optimum, ia akan dapat menjamin kualiti hidup yang lebih bermakna. Dengan rutin harian kita yang sentiasa sibuk, kita perlu pastikan kesihatan dalaman kita sihat melalui pelbagai alternatif seperti pengambilan suplemen/ bahan tambahan. Kalau anda nak tahu, Tongkat Ali merupakan bahan semula jadi yang berfungsi dalam menambahbaik dan menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Bagi yang sedang bekerja dari rumah, terutamanya yang dah berkeluarga tentu dah mula merasai sindrom burnout. Bukan senang nak menguruskan anak-anak dengan kerja pejabat serta tugasan rumah serentak. Memang tak dinafikan, situasi ini memberi kesan terhadap tahap tumpuan diri. Tapi anda jangan risau. Dengan pengambilan Tongkat Ali secara konsisten akan dapat bantu meningkatkan tahap fokus serta kecerdasan minda kita. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan sindrom burnout yang dialami.
‘Lockdown’ bukan alasan untuk tidak menjaga kesihatan mental dan fizikal. Sebaliknya, ia adalah sebab penting bagi kita mengambil inisiatif dan buat aktiviti fizikal seperti yoga, meditasi dan senaman dalam rumah supaya badan terus aktif. Untuk tingkatkan stamina dan mendapatkan tenaga tambahan, , kita boleh amalkan Tongkat Ali untuk kurangkan rasa letih dan kekal bertenaga bila membuat aktiviti kesukaan.
Ada masanya kita akan rasa sangat terbeban dengan kerja tanpa henti hingga badan dan minda cepat rasa lesu dan stres. Keadaan ini jelas sekali mengganggu kesihatan fizikal dan emosi kita. Pada masa itu, mesti kita idamkan tenaga yang dapat bantu kita tempuhi hari. Isu ini dapat diselesaikan dengan memakan herba tradisional Tongkat Ali kerana ia terbukti dapat tingkatkan bekalan tenaga supaya aktiviti harian dapat dibuat dengan lancar dan minda kita rasa tenang.
Bila dah tahu manfaat-manfaat Tongkat Ali, mesti nak terus beli kan? Dengan Physta® sebagai bahan kandungan utama, Nu-Prep adalah pilihan paling terbaik kerana ia telah melalui pelbagai kajian toksikologi, pra-klinikal dan klinikal yang ketat dalam mengenal pasti kandungan bioaktif untuk memastikan ianya selamat, berkesan serta berkualiti. Percayalah, dengan mengamalkan Physta, ekstrak Tongkat Ali secara konsisten, sistem imun anda akan bertambah kuat dan anda dapat menikmati hidup sihat dan bahagia.