Sertai kempen #TerusAktif
Arrow

Tips untuk Senior Terus Aktif

April 2, 2024

Semakin bertambah usia, badan dah tak macam masa muda dah, kan? Memang senang untuk jatuh sakit bila mencecah usia senior sebab tahap kesihatan dalaman dan luaran makin menurun. Untuk pastikan badan kekal sihat, mestilah kena terus aktif supaya dapat kurangkan risiko mendapat penyakit yang boleh mengurangkan kualiti kehidupan. Jom ubah dan hidup dengan lebih sihat melalui tips terus aktif ini! 


Amalkan Pemikiran Positif dan Cerdas

Jangan ingat bila dah masuk usia senior ni, hidup bebas dari stres. Stres tetap ada cumanya kita kena pandai kurangkan. Pastikan diri anda selalu berfikir secara positif dan ceria selalu. Anda boleh membuat hobi kesukaan seperti membaca, berkebun ataupun belajar sesuatu yang baru untuk pastikan minda anda kekal pada tahap optimum dan masa lapang pun dapat diluangkan dengan lebih produktif.


Kekalkan Diet Seimbang dan Bersesuaian 

Macam yang kita semua tahu keperluan badan pun turut berubah mengikut umur kita. Ini termasuk dari aspek pengambilan nutrien dan makanan yang bersesuaian apabila dah masuk usia senior. Dengan diet yang seimbang dan sihat, kesihatan dalaman anda akan jadi lebih baik. Kalau anda tak amalkan pemakanan yang sihat, jom mula hari ini! Ambil makanan yang mengandungi buah, sayur, bijirin penuh dan protein tanpa lemak. Yang minat makan minum manis tu, boleh start kurangkan slow slow yaaa!


Terus Aktif dengan Senaman

Orang selalu fikir bila dah berusia ni, automatik badan dah tak berdaya dan lemah. Sebenarnya salah fikir macam tu! Memang tahap kekuatan badan akan berkurang seiring usia seperti kurang tenaga nak buat aktiviti lasak macam masa muda.Tapi jangan risau! Anda masih boleh kekal aktif dengan membuat senaman ringan seperti berjalan kaki menggunakan alatan senaman di taman permainan atau lebih kena dengan musim pandemik ni, sertai kelas online tai chi atau yoga. Ini dapat membantu menjaga kesihatan anda secara menyeluruh juga. Jadi sebenarnya tiada alasan pun untuk kekal cergas dan aktif. Jom ubah pemikiran yang usia emas adalah fasa lemah dan kurang bertenaga ya! 


Pastikan Tidur Secukupnya

Tidur ni sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kepada tubuh badan kita! Bila badan tak cukup tidur, ia tak boleh nak berfungsi dengan optimum dan sebab itulah kita akan rasa kurang bertenaga. Bukan itu saja, kita akan cepat penat dan otak tak boleh nak fokus sepenuhnya. Inilah sebabnya anda perlu pastikan diri mendapat tidur secukupnya, sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Tak rugi pun bila rehat mengikut keperluan sebab bila bangun pagi anda akan rasa fresh dan lebih penting, anda dapat kurangkan risiko strok serta penyakit jantung. 


Tambahkan Suplemen dalam Rutin Harian

Selain daripada gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat, suplemen pun penting dalam rutin harian bila dah masuk usia emas ni. Maklumlah, bila dah jadi warga senior ni, keperluan nutrisi dan vitamin di dalam badan pun dah lain. Pastikan anda mengambil suplemen yang berkualiti dan memenuhi kehendak badan anda untuk menyokong kesihatan anda ke tahap yang lebih baik. Tak susah, yang penting kena amalkan secara konsisten.



Ingat, hidup anda di tangan anda. Jangan jadikan usia sebagai penghalang! Apa lagi, jom mula ikut tips-tips di atas dan jalani hidup dengan terus aktif untuk kekal sihat.


Farmasi : 
GuardianCaring Pharmacy
Farmasi Seluruh Malaysia
Pembelian Atas Talian :  Marketplace Utama
Biotropics Malaysia
ShopeeLazada
Kedai Jamu : 
Permata Herba
09 296 0960
TKL Advance (Kedah)
017 367 3808
Ikuti Media Sosial Kami

Tips untuk Senior Terus Aktif