
Nu-Prep Menaja Dewan Tayangan Filem Gayong Pada Malam Gala Untuk Tontonan Khas
Nu-Prep telah mengambil langkah strategik untuk menyokong industri filem tempatan dengan menjadi penaja bagi filem aksi biografi yang dinanti-nantikan, "Gayong". Filem yang mengisahkan perjuangan pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, ini telah mendapat sokongan penuh daripada Nu-Prep.
Dalam usaha menjayakan perjuangan dan mengangkat karya ini, Nu-Prep telah menaja satu dewan eksklusif untuk tayangan pada Malam Gala filem Gayong.
Pihak penaja Nu-Prep meluahkan rasa bangga kerana berpeluang berkolaborasi dengan sebuah karya yang mengangkat warisan bangsa, semangat perjuangan, dan seni budaya ke layar pawagam. Penajaan ini melambangkan bukan sahaja sokongan komersial, tetapi juga pengiktirafan terhadap nilai sejarah dan budaya yang dibawa oleh filem Gayong.
Kolaborasi ini memperlihatkan bagaimana entiti korporat seperti Nu-Prep turut sama memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat GAYONG dan memastikan warisan seni bela diri ini kekal relevan dalam arus moden.
Sokongan padu Nu-Prep ini diharap menjadi inspirasi kepada syarikat lain untuk sama-sama berdiri teguh dalam mempromosikan dan memelihara kekayaan seni budaya Malaysia.



