
.png)
Nu-Prep Mengukuhkan Jenama Kesihatan Halal di MIHAS 2025
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 telah melabuhkan tirainya, dan bagi Nu-Prep, penyertaan kali ini merupakan satu kejayaan yang amat memberangsangkan. Nu-Prep, yang terkenal dengan produk kesihatan lelaki dan wanita yang menggunakan ekstrak Tongkat Ali berkualiti tinggi dan Halal, menjadikan MIHAS 2025 sebagai platform untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Halal global.
Di booth Nu-Prep, pengunjung berpeluang untuk mendalami manfaat kesihatan unik setiap produk, berbual dan mendapatkan konsultasi percuma dengan pakar kesihatan, malah merasa sampel produk terpilih. Kejayaan di MIHAS 2025 ini memberikan suntikan semangat kepada Nu-Prep untuk terus berinovasi dan menghasilkan produk kesihatan yang terbaik untuk pengguna.
Ribuan terima kasih atas kunjungan anda dan jumpa lagi!


Nu-Prep Menaja Dewan Tayangan Filem Gayong Pada Malam Gala Untuk Tontonan Khas
Nu-Prep telah mengambil langkah strategik untuk menyokong industri filem tempatan dengan menjadi penaja bagi filem aksi biografi yang dinanti-nantikan, "Gayong". Filem yang mengisahkan perjuangan pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, ini telah mendapat sokongan penuh daripada Nu-Prep.
Dalam usaha menjayakan perjuangan dan mengangkat karya ini, Nu-Prep telah menaja satu dewan eksklusif untuk tayangan pada Malam Gala filem Gayong.
Pihak penaja Nu-Prep meluahkan rasa bangga kerana berpeluang berkolaborasi dengan sebuah karya yang mengangkat warisan bangsa, semangat perjuangan, dan seni budaya ke layar pawagam. Penajaan ini melambangkan bukan sahaja sokongan komersial, tetapi juga pengiktirafan terhadap nilai sejarah dan budaya yang dibawa oleh filem Gayong.
Kolaborasi ini memperlihatkan bagaimana entiti korporat seperti Nu-Prep turut sama memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat GAYONG dan memastikan warisan seni bela diri ini kekal relevan dalam arus moden.
Sokongan padu Nu-Prep ini diharap menjadi inspirasi kepada syarikat lain untuk sama-sama berdiri teguh dalam mempromosikan dan memelihara kekayaan seni budaya Malaysia.


Nu-Prep Hadir Memperkasa Atlet di Point Break Challenge
Acara sukan Point Break Challenge telah berlangsung pada Ahad, 28 September 2025 di RKS Sports Centre, Evolve Mall. Nu-Prep, jenama kesihatan yang dipercayai, mengambil peluang untuk berada di tengah-tengah komuniti sukan dengan membuka booth eksklusif sepanjang acara berlangsung.
Sepanjang acara, Nu-Prep telah menyediakan sebuah aktiviti serta mempamirkan Nu-Prep Eksekutif B Plus, pada harga yang istimewa hanya semasa acara. Tawaran eksklusif ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dengan banyak pengunjung mengambil peluang untuk mendapatkan bekalan Nu-Prep Eksekutif B Plus, yang mampu meningkatkan fokus dan tenaga berterusan.
Kehadiran Nu-Prep di Point Break Challenge menekankan peranan jenama itu sebagai penyokong gaya hidup sihat dan berprestasi tinggi. Selain jualan, booth tersebut turut berfungsi sebagai platform untuk berinteraksi, berkongsi maklumat kesihatan, dan mengukuhkan hubungan dengan pengguna aktif.
Nu-Prep mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua pengunjung yang telah singgah di booth. Nantikan penampilan Nu-Prep di acara kecergasan dan sukan akan datang!

.png)
Nu-Prep Kuasai Guardian 'Own Your Wellbeing' Festival dengan Promosi Hebat & Sesi Pemeriksaan Kesihatan
Nu-Prep telah menyertai di Festival 'Own Your Wellbeing' anjuran Guardian. Penyertaan Nu-Prep mengukuhkan kedudukan jenama sebagai #PembekalSemangatku yang fokus kepada kesihatan pengguna.
Booth Nu-Prep menawarkan dua tarikan utama iaitu promosi dan perkhidmatan kesihatan. Pengunjung telah merebut peluang diskaun 30% OFF untuk semua produk Nu-Prep dan tawaran Nu-Prep Eksekutif B Plus percuma bagi setiap perbelanjaan RM50 ke atas dalam satu resit. Selain itu, perkhidmatan stesen pemeriksaan kesihatan khas secara percuma turut disediakan, sejajar dengan semangat festival untuk meningkatkan kesedaran kesihatan.
Sambutan positif ini membuktikan pengiktirafan pengguna terhadap manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh Nu-Prep.